Tips Backpack ke Laluan Sutera China (Part 2)



Turpan
  • Charter taxi for 1 full day (250¥). Runding harga sebaik sampai Turpan north railway station.
  • Emin Minaret(40¥), Flaming mountain, Ancient City of Jiaohe(70¥), Ancient City of Gaochang(70¥), Tuyugou village(30¥) dan Bezeklik thousand buddha caves(40¥). 
  • Train Turpan North-Urumqi (51.5¥).
  • Bermalam di Dap youth hostel(35¥).
  • Tempat menarik lain yg boleh dilawat, Astana tombs, Ayding lake(Lowest elevation of central asia), Karez underground system, dan Kumtag desert(Shanshan county).




Info :  Banyak tempat menarik di area ni tapi sayangnya tiada pengangkutan awam untuk ke sana spt bandar China yg lain. jadi teksi adalah pilihan utama. Turpan terkenal dengan flaming mountain di mana mitos sejarahnya mengenai San Wukong(Monkey king) dalam cerita Journey to the West.


Emin minaret. Gambar selepas Solat Jumaat.
Tuyuq village dengan background Flaming mountain.
Sepanjang perjalan ke Tuyuq Village, kamu akan disajikan dengan rumah-rumah yang sangat unik bentuknya sebab macam di negara arab dulu-dulu. Siapa sangka di negara China ada binaan sebegini??
Bendera Sabah berkibar Xinjiang!!!! nda kamu bangga?haha
Masjid di tengah perkampungan Tuyuq.
Bezeklik Thousand Buddha Caves.
Lukisan Mural mengenai budaya orang Uighur. Masyakat Uighur ada tulisan mereka sendiri dan sebijik macam tulisan jawi.
Watak-watak dalam 'Jouney to the west'.

Kawasan Perkampungan di Turpan.
Ancient City of Gaochang.
Pemandangan matahari terbenam di Ancient city of JIaohe.


Video pakcik Uighur main instrumen ni ada di insta saya.

Suasana solat subuh di Masjid kawasan perkampungan di Turpan. Penduduk di sini majoriti berbangsa Uighur.


Antara makanan yang paling sedap sepanjang di sana. The funny thing I did to order all the dishes, Just look at the other table, tell the waiter I want to order the same dish. because I cant understand the menu they gave me.
Yang Zha (Lamb Soup). 12 rmb.

Beef Soup noodles. ini barang kalau missed belum dikira pernah pi China.

Organ dalaman kambing. Jangan hairan kalau nampak dorang makan otak kambing.







Omar dan Pakcik Uighur.



Kanak-kanak Uighur.


Urumqi
  • Grand International bazaar.
  • Heavenly lake of Tianshan (90¥).
  • Stay at Thunderbird Youth Hostel(35¥).
  • Others, Hongshan pagoda dan Tianshan Grand Canyon.
Info : Urumqi adalah ibu negeri kepada wilayah Xinjiang. Wilayah Xinjiang termasuk Turpan dan Urumqi mostly populated by Uighur muslims. Suasana di sini rasa mcm bukan di China sebab masjid dan restoran halal ada di kiri kanan, ramai wanita bertudung, dan lelaki berkopiah. Walau bagaimanapun, kawalan di area Xinjiang sangat ketat berbanding bandar lain di China.

Heavenly Lake.
Sayang sekali kabus tebal banyak menutup pemandangan.
 

Stesen bas Urumqi(Utara/Beijiao). Cara untuk ke Heavenly lake, dari sini naik bas ke Fukang dan naik minivan untuk ke sana.

Urumqi International Bazaar. Naik bas no.301 untuk ke sini.
Masjid di Urumqi/Wulumqi. Kalau kamu berkenan dengan kopiah Uighur, Jangan beli di kawasan Urumqi International Bazaar/ Erdaoqiao Bazaar sebab barang di sana mahal-mahal. Tapi beli dekat kawasan ni. Boleh masuk lorong kecil di sebelah kanan masjid ni dan ada pintu masuk. Tudung pun ada dijual.



Bersama owner restoran yang berbangsa Uighur di Urumqi. Ginilah kopiah orang Uighur.


Polo. Nasi goreng daging Kambing.


Maggi Halal Uighur.




Standard portion untuk makanan di China. Besar kan? Di kawasan Xinjiang kebiasaanya minum menggunakan mangkuk. Dan minuman adalah percuma.


Baoza. Antara makanan local yang wajib dicuba. Pau daging kambing+ carrot. Harga biasanya 2rmb.



Xi'an

  •  Great mosque of Xi'an, muslim quarters, Xi'an city walls.
  •  Terracota warriors (150¥).
  •  Train Xi'an north -Huashan north (54.5¥)
  •  Mt.Huashan (90¥).
  •  Stay at Silk road hostel(50¥). 
  • Tempat yang boleh dilawat, Bell tower(35¥), Giant wild goose pagoda(35¥)+Daci'en temple(50¥).

Info : Xi'an adalah ibu negeri kepada wilayah Shaanxi. Tempat wajib pergi di sini adalah Terracota warriors, The 8th Wonder of the world. Kisah ni pernah difilemkan dalam movie The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor.

Terracota Warriors, The 8th wonder of the world. Untuk ke sini, Dari Xi'an east railway station, naik bas no.306/ 914/ 915 dengan harga 9rmb sehala.
Panoramic View of Terracota army.

Muslim Quarters.
Bell Tower.
Untuk penggemar Tauhu goreng pedas, boleh cuba.


Manisan yang wajib dibawa balik dari Xi'an. 

Ayam Panggang!


Mount Huashan. Untuk ke atas,boleh naik cable car.

Pemandangan Gunung Huashan daripada Stesen Keretapi.


Kesimpulan yg aku boleh buat selama 2 minggu mengembara sepanjang Jalan sutera di China, China sangat selamat untuk solo traveller. Cuma ada satu kejadian sewaktu di Emin minaret Turpan, pada awalnya aku dihalang untuk join solat jumaat bersama org tempatan. siap Ketua Polis datang dan di escort dgn 2 polis yg lengkap bersenjata. selepas berunding dgn bahasa yg berterabur,akhirnya aku pun dpt join solat jumaat sambil diescort oleh polis. Dan perlu di ingat, wilayah Xinjiang majoritinya adalah populasi Uighur muslim. dan Kerajaan China amat tegas dgn dorang. mungkin dorang mahu menuntut kemerdekaan. pada tahun 2014 nda silap, dorang pernah suarakan di facebook mengenai masalah dorang. sebab tu sampai sekarang laman sosial seperti Facebook dan Instagram diharamkan di China. Jadi, jangan hairan kalau setiap kali kita keluar masuk sempadan setiap bandar di Xinjiang, kita perlu turun dari bas dan cek passport.

Part yg paling aku suka, siapa sangka rupanya ramai orang islam di China dan sebenarnya amat senang untuk cari makanan halal.


So, disini ada Sedikit tips untuk sesiapa yang akan ke China:

(1) Visa.
Harga visa untuk single entry ialah RM88.30.

Boleh download visa application form di sini :

https://www.visaforchina.org/…/upload/Attach/mrbj/275102.pdf

Isi form ni dan sediakan passport real, gambar 2 keping, simple itinerari, itinerari flights,dan booking hostel. Hantar ke Embassy of China di bangunan Hampshire, Jalan Ampang. Biasanya visa akan siap selepas 4 hari waktu bekerja.

(2) Bahasa Mandarin.
Memandangkan bahasa mandarin merupakan bahasa utama di China. At least tahu sedikit basic bahasa mandarin spt nombor dan arah jalan. ini sekadar tips untuk survive dan elak ditipu. Atau boleh download apps offline language translator.


(3) Maps.me.
Apps paling membantu untuk para traveller dari tersesat jalan. Boleh install apps sama ada di android atau apple. Download offline maps awal2.


(4) VPN Express.
Disebabkan laman media sosial spt Twitter, Instagram,dan Facebook di'Banned' di China. Apps ni wajib untuk di download sebelum travel ke China. Tapi ada satu media sosial yg digunakan oleh orang China iaitu Wechat.


(5) Makanan Halal.
Actually senang ja cari makanan halal di China ni lagi-lagi di wilayah Gansu dan XInjiang. Tips utama cari masjid. Tips kedua tengok pekerja yg pakai kopiah atau lambang masjid/halal/tulisan arab 'restoran muslim' di papan tanda restoran.


(6) Tiket Keretapi.
Ramai yang bertanya perlu kah beli tiket train sebelum sampai ke China. ini sebenarnya bergantung dgn situasi. tengok sama ada high/low season sebab kebanyakannya seat train akan penuh. namun begitu, bagi aku ikut tempat juga. contoh kalau tempat yg memang ramai tourist mcm Beijing/Chengdu/Xi'an, mmg digalakkan untuk beli tiket awal-awal. Tapi, kalau area Xinjiang,Lanzhou,Zhangye,Jiayuguan, tu boleh beli direct OTC(on-the-counter). caranya mudah seja, boleh layari website ni untuk tgk jadual train,biasanya jadual train akan ada sebelum 90 hari :

https://www.travelchinaguide.com/china-trains/


cara aku hari tu, jadikan website ni sebagai guide untuk susun itinerari. then, beli direct OTC memandangkan aku travel solo. 
Cara untuk beli in advance: pilih option ambil tiket di stesen mana-mana di China, beli tiket dan print voucher. nanti boleh tunjuk sebaik tiba di China. 

Thank you for reading!!!

No comments:

Post a Comment